Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

Bagaimana memulakan pelaburan Saham luar Negara Anda?

Hari ini anda akan mengatahui bagaimana hendak memulakan pelaburan Saham Luar Negara, jadi tidak perlu saya membuang masa lagi dan saudara semua pasti akan tertunggu-tunggu bagaimana hendak memulakan pelaburan anda.

Sebelum itu ada sedikit penerangan yang ingin saya kongsikan,Saham luar Negara adalah saham selain dalam negara Malaysia dan didagangkan dalam bentuk matawang asing seperti US Dollar,Pond Sterling,Singapore Dollar dan Rupiah Indonesia

sekilas perbandingan pasaran saham di dunia pada 2015

Saiz perbandingan Pasaran Saham serata dunia

Saiz perbandingan Pasaran Saham serata dunia(2015)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada beberapa langkah perlu di ambil

1) Buka akaun CDS anda

Apa itu CDS? CDS stand for Central Depositary System iaitu satu tempat pendepositan saham-saham anda dan perkhidmatan ini ada di semua bank pelaburan yang berada di Malaysia seperti Maybank Investment Bank, Osk Investment Bank dan lain-lain lagi .Akaun ini merupakan kunci pelaburan saham dalam dan luar negara anda.

2) Pilih Dealer atau Remisier yang anda kenali

Dalam memilih dealer atau Remisier yang anda kenali samaada dari kawan-kawan,saudara mara perkara yang paling penting ialah kenal dahulu bakal dealer anda dengan menanyakan soalan yang mudah seperti berapa lama berkhidmat dan sebagainya,sebolehnya elakkan mendapat delaer yang didalam proses untuk berhenti kerana boleh membantutkan proses pelaburan anda dan juga membantutkan usaha-usaha anda mendaptkan maklumat terkini serta perlu di ingat dapatkan dealer yang mahir didalam bidang pelaburan saamada pasaran tempatan dan antaranbangsa dan juga  yang dapat mengajar sistem dagangan Online dengan betul.

3) Mulakan dengan modal anda

Modal yang di perlukan di dalam membeli saham asing tertakluk kepada pasaran mana yang anda masuki dan anda perlu ingat setiap pasaran saham berbeza keperluan minimum unit yang di benarkan seperti pasaran saham Singapura memerlukan minimum 1000 unit, pasaran US (NYSE/NASDAQ/AMEX), Australia minimum 1 unit dan sebagainya, sila tanya apa-apa caj yang di kenakan supaya anda boleh melabur dengan telus.

4) Jangan Lupa aktifkan akaun pelaburan ‘Online Anda’

Langkah terakhir ialah setelah anda mendapat ‘Trading Number’  anda boleh mengaktifkan ‘Online Trading‘ secepat mungkin kerana di dalam website  firma broker terdapat banyak laporan penyelidikan yang akan di salurkan  di dalam website tersebut. Walaupun setakat yang di ketahui penyelidikan saham hanya berkisar di Pasaran Malaysia, mungkin sedikit sebanyak ada di selitkan hal ehwal ekonomi antarabangsa. Contohnya website ‘Online Trading‘ di Malaysia ialah  seperti OSK188.com, Cimb Clicks MaybankInvest dan seumpamanya.

sekilas kelebihan Saham Luar Negara berbanding dengan saham tempatan

perbandiingan saham tempatan dan luar negara

Pm kami untuk urusan pelaburan saham luar negara anda di 0173351380.

Updated: February 19, 2017 — 2:25 pm

4 Comments

Add a Comment
  1. Untuk beli saham IPO luar negara perlukan CDs?bagaimana dgn trustee?Ada y melantik trustee untuk pembelian saham IPO luar negara

    1. Salam tuan Wan,

      boleh kami tahu kaunter apakah itu dan dari negara mana?

  2. Salam Encik Adzha,

    Ada buat kelas untuk saham globalkal? dan saya berminat hendak join..

    Terima Kasih

    1. Waalaikum Salam

      Kami ada buat kelas global pada 21&22 Oktober depan di Bangi,Selangor
      jika berminat boleh PM kepada ‘Speaker’ kami iaitu En Adzha di talian beliau 0173351380

      tempat ada berbaki 2 kekosongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com © 2017 Frontier Theme