Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

5 perkara harus dilihat samaada saham IPO itu bagus atau tidak.

1.Saiz Saham di tawarkan kepada awam

Saiz saham di tawarkan merupa penentu utama di sini,disini kita lihat saham yang memiliki saiz tawaran melebihi RM I billion merupa penanda aras perniagaan yang kukuh.Ini kerana saiz yang besar menunjukkan peranan syarikat yang akan di senarai adalah lebih besar,lebih nilai untuk pelabur.Contoh terbaik ialah saham hospital IHH,FGV dan akan datang Malakoff berhad.

2.Jenama yang sudah di kenali

Jenama saham atau nama syarikat yang ingin di senarai memainkan peranan utama,dalam sector perkapalan minyak dan gas,Bumi Armada Berhad adalah pemain utama di dalam sector ini,sehingga saham syarikat ini terlebih langgan 9.5 kali.Ini penting kerana apabila kita melabur dalam saham IPO ini,pelabur institusi juga akan melabur yang sama..Berikut jenama yang kita akan lihat selepas ini ialah BP Healthcare Sdn Bhd dan Westport Berhad.

3.Ada kaitan dengan agensi pelaburan atau agensi lain-lain.

Pada tahun 2012,Khazanah Nasional berhad melepaskan teras perniaagan untuk di senarai di papan utama bursa Malaysia dan Singapura,Secktor strategik kesihatan khazanah Nasional iaitu Intergrated Healthcare Berhad yang memiliki rangkain hospital Pantai di Malaysia merupa suatu cabang perniaagaan yang di tunggu oleh pelabur lain,Saham yang ada kaitan dengan agensi pelaburan negara memang bagus di miliki kerana palabur boleh menyandar keyakinan kepada keupayaan pelabur institusi.Saham seperti ini yang menarik perhatian akan di senarai ialah TAR berhad,Theme Park and Attractions Berhad(Anak syarikat khazanah berhad yang memiliki Kidzania,Legoland,Sutera Harbour ) dan Iskandar Waterfront  Holding Berhad.

 

4.Ada kaitan dengan Billionaire atau individu perniagaan yang bagus.

Pelabur ingin memegang individu yang memiliki kepimpinan perniagaan yang teguh,yang merupa ‘taikun’ dan jaguh di dalam arena perniagaaan masing,saham perniagaan yang di pegang oleh Datukl Tony Fernandez(AirAsia Berhad),Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary(MMC,Gas Malaysia) dan Dato’ A.K Nanthan(Eversendai Berhad) merupa billionair yang berwawasan untuk melaksana agenda pelabur saham.Saham IPO  seperti ini yang di jangka akan di senarai ialah Johor Port Berhad dan IOI Properties.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Dato Seri A.K Nathan(kanan sekali)

5.khabar ingin di senaraikan tetapi di tangguh beberapa kali.

MSM berhad adalah anak syarikat Felda Global Ventures,pada masa di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,ada ura-ura MSM ini akan di senaraikan akan tetapi di tangguh sehingga pada era perdana menteri sekarang,Dato’ Seri Najib Tun Razak.MSM berhad adalah syarikat pemprosesan gula utama negara.Sudah beberapa kali cadangan tersebut di tangguh akibat pasaran saham serantau tidak stabil pada tahun 2008 dan pada 28 Jun 2011,saham ini disenaraikan.Saham Ipo seperti ini yang akan di senaraikan pada tahun 2013 ialah Saham UMW OIL & GAS.

Share Button
Updated: March 21, 2013 — 7:17 am

2 Comments

Add a Comment
  1. Terima kasih sharing. Membantu untuk menilai IPO.

    1. Terima kasih kerana melawat blog kami,
      jika ingin melabur saham Malaysia dan saham shariah luar negara,boleh PM kami di 0173351380 untuk membuka akaun dan terus mendapat nasihat khidmat percuma sekiranya sudah mendeposit ke akaun bank pelaburan kami,

      saya Al Adzha adalah owner blog ini dan sedia membantu urusan tuan,akaun cds trading ini dibawah kelolaan Affinhwang Capital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com ©rights 2018 Frontier Theme