Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

Bagaimana memanfaatkan Saham ESOS dengan betul?

Image result for dilemma

Sumber Gambar :http://blog.hypeinnovation.com/is-there-a-new-innovators-dilemma

Saham ESOS (Employee Shares Option Scheme)adalah saham yang di anugerahkan kepada pekerja yang bekerja di Syarikat yang syarikat tersebut adalah di senaraikan di Pasaran Saham

Samaada di Pasaran Saham Bursa Kuala Lumpur atau Luar Negara seoerti pasaran Saham New York Stock Exchange

Sebenarnya Admin dihujani dengan soalan bagaimana memanfaatkan saham yang diaugerahkan dari syarikat ini dan sentiasa ada persoalan timbul,biasanya soalan yang paling banyak admin terima ialah

1.Apa hendak dibuat dengan Saham Ini,hendak menjual semua atau simpan sahaja?
2.Kenapa ada staff pekerja ditempat yang sama,masih lagi belum menjual saham ESOS tersebut?
3.Kenapa bila Saham ESOS ini ada,semua sepakat menjual ramai-ramai dan semua staff merasa gembira?

4.Perlu ke menjual saham ESOS ini,dan jika ada kepentingan boleh ke disimpan lagi?

Baik sebelum itu saya Ingin berkongsi tentang  Saham ESOS ini,pekerja perlu maklum Saham ESOS ini adalah

1.Sebahagian Bonus ,Insentif atau manfaat selain wang,

maksudnya Syarikat mengiktiraf pekerja yang berhempas pulas bekerja dan menjaga kepentingan syarikat dari segi operasi,perniagaan dan sebagainya.Sebagai contoh syarikat Tenaga Berhad memberi Saham ESOS kepada staffnya sebagai tanda penghargaan dan dorongan staff supaya bekerja lebih gigih lagi.

2.Perkerja akan mendapat harga saham ESOS dalam bentuk DIskaun dari harga Pasaran

Misalnya Saham ESOS syarikat MRCB memberi saham kepada pekerjanya pada harga RM1.30 seunit dan pada masa yang sama harga Saham MRCB di pasaran saham(29 MAC 2017 ) ialah 1.66 sen seunit,jadi perbezaan diskaun ini merupakan keuntungan kepada pekerja.

Ini merupakan satu kelebihan mutlak,pekerja akan mendapat harga saham pada diskaun dari harga pasaran sebenar

ada dikalangan syrikat yang menawarkan harga saham kepada pekerja pada harga lebih tinggi dari harga pasaran,misalnya harga saham MRCB di pasaran adalah berharga RM.90,akan tetapi pekerja boleh melaksanakan saham jika harga saham 20% lebih tinggi dari harga saham pasaran.

Apa fungsi Syarikat Berhad menawarkan Saham ESOS kepada pekerja?

1.Memberi ganjaran kepada pekerja yang rajin,setia dan gigih

2.Sebagai ‘penahan’ dalam bentuk disiplin,jika ada masalah disiplin,pekerja tersebut akan ditahan mendapat manfaat ESOS.

3.Sebagai isyarat menunjukkan bahawa ‘value’ syarikat semakin lama semakin bertambah.

4.Sebagai sumber menunjukkan yang syarikat ada memiliki kewangan yang kukuh.

5.Sebagai penanda aras supaya pekerja kekal setia dengan Syarikat

atas pada itu,jika Shares Offer letter ini sudah ditandatangai,maka pekerja secara tak langsung pekerja ‘terikat’ dengan syarikat yang mereka bekerja

juga jika ada yang tidak mahu dengan manfaat ESOS ini mungkin  pekerja tersebut tidak mahu lagi bekerja dengan syarikat tersebut pada akan datang dan ingin berhenti atas alasan peribadi

Bagaimana melaksanakan(EXCERSICE) Saham ini?

Pihak jabatan Sumber Manusia di Syarikat Berhad akan menghubungi pekerja dengan cara menghantar Emel kepada staff pekerja tersebut,

jumlah unit dan kelayakan saham yang pekerja dapat adalah berdasarkan pangkat dan jawatan serta lain lain rekod lagi.

pekerja tersebut akan  di tawarkan dengan surat penganugerahan saham

(Shares Offer Letter)

ada 2 perkara perlu tahu jika pekerja ingin melaksanakan saham ini

1.Surat penganugerahan Saham(Share Offer Letter)

Tertera di surat tawaran ini adalah nama  dan details maklumat,disitu disertakan dengan jumlah saham yang di anugerahkan dan jika ada jadual pelaksanaan maka disertakan jadual mengikut waktu dan unit yang dibenarkan untuk dilakasanakan(excercise)

misalnya kita boleh lihat  di ‘Offer letter’ seperti berikut

Tier Period Price Date Effective Unit accesible
Tier 1 1.20 12.2.2010-11.2.2013 5000
Tier 2 2.60

 

12.2.13-11.2.2015 6000
Tier 3 3.90 12.2.2015-11.2.2017 6000

 

Gambar:Contoh Ilustrasi.

Jika staff  tersebut ingin melaksanakan saham yang ditawarkan ianya perlu melihat di julat harga,jika staff tersebut ingin menjual saham ESOS nya ianya perlu mengikut ‘date’ dan jumlah di benarkan.

sebagai contoh En Ahmad ingin menjual saham pada tahun 2013,beliau hanya dbenarkan menjual pada kadar 5000 sahaja,dan jika En Ahmad masih menunggu lagi sehingga akhir tempoh tawaran,beliau boleh menjual saham tersebut hampir kesemuanya dengan syarat harga di pasaran saham sudah melebihi dari harga yang ditawarkan.

2.Akaun CDS yang dibuka berdasarkan matlamat  kewangan pekerja.

Pekerja boleh memilih unutk melaksanakan ESOS ini dengan pinjaman atau dengan wang saku sendiri,jika pinjaman maka akaun CDS itu akan  dibuka dengan mengunakan akaun CDS Nominee dan jika ingin melaksanakan dengan cara wang saku sendiri ,pekerja boleh membuka akaun CDS diatas penama sendiri

Ramai yang tidak tahu,apabila mendapat saham ini,jika melaksanakan (excercise) secara  meminjam(pinjaman)m akaun CDS TRADING tersebut adalah bersifat sementara bergantung kepada pakej pinjaman  yang Broker Bank Pelaburan tawarkan,ada 90 hari atau 6 bulan dari tarikh pinjaman ditandatangani,

Sebenarnya apabila staff mendapat saham ini mereka boleh laksanakan(Excercise) dengan 2 cara

1.Ambil pinjaman jika tiada tunai mencukupi

2.menggunakan tunai sendiri dan berniat menyimpan lagi saham ini

kebaikan dan keburukan kedua-dua ini boleh disimpulkan di jadual ini

Kaedah pelaksanaan Esos Kebaikan Keburukan
Pinjaman-CDS Pinjaman/Nominee 1.Cepat,

2.tanpa tunai digunakan

3.fokus untuk mendapat tunai

1. Interest,

2.CDS trading Sementara,

3.terdedah kepada Margin Call

Tunai Sendiri-CDS diatas nama sendiri 1.‘Pickup’ saham dengan duit sendiri,

2.hati tenang tanpa fikirkan jumlah interest yang dibayar

3.Boleh dijadikan cagaran untuk membeli saham-saham berkualiti tinggi

1.Sesuai jika ada modal tunai tambahan,

2.tidak pasti jika harga terus naik atau tidak

 

 

Sekadar ini sahaja perkongsian berkenaan kaedah bagaimana hendak memanfaatkan saham kurnian yang diberi oleh Syarikat Berhad,

pekerja yang bijak akan mendapat nasihat yang sesuai dan tidak terikut-ikut dengan pengaruh rakan-rakan sepejabat yang sedia maklum tidak sama kadar keperluan dan tanggungan keluarga masing-masing.

Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mendapat nasihat dari kami ,Tuan puan boleh hubungi admin di 0173351380.

P/S:Admin adalah seorang yang berpengalaman dalam tempoh 10 tahun dalam bidang Pelaburan Saham dan sudah mengelola Saham Esos pekerja bagi Syarikat seperti Tenaga berhad,Maybank Berhad,Alam Maritim berhad,Resort World Berhad,Green Packet Berhad,TM Berhad,SP Setia Berhad,KNM berhad dan Tabung Haji Plantation Berhad.

 

 

 

Updated: March 29, 2017 — 7:47 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com © 2017 Frontier Theme