Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

Turki dan kesannya kepada pasaran Global:Ogos 2018

Semalam kami kongsikan bagaimana keadaan di Turki boleh menyebabkan berlaku ketidak tentuan pasaran global

Hari ini akhbar The Edge

(16 Ogos 2018) menyiarkan kesan kepada ekonomi dari negara ’emerging Market’ iaitu dari negara Asean dan sebilangan negara negara Amerika Selatan

Disatu segi Ringgit Malaysia rendah berbanding negara USD disebabkan

 

 

Amerika bakal menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan(Fed Reserve)

Di artikel yang pertama ini kita dapat fahami dijangka berlaku pengaliran modal besar besaran oleh pengurus dana Asing(Foreign Fund Manager)

Menjual pegangan mereka di pasaran EM untuk mendapat pulangan pelaburan terbaik.

Bagi mereka yang melabur saham pasti faham mengapa ada aktiviti turun naik harga saham

Akan tetap didalam pasaran modal ada dua modal yang bergerak serentak diseluruh dunia

1.Equity Capital Market(Saham)

2.Debt Capital Market (Bond atau Produk Hutang)

Untuk memahami ECM kita boleh melihat di skrin online trading broker masing masing akan tetapi bagaimana kita nak meliht DCM dan bagaimana kesan DCM kepada pasaran Saham?

DCM di Malaysia dipacu oleh 2 produk utama iaitu Bond Konvensional dan Islamic Bond

Islamic Bond dinegara kita adalah terbesar didunia dengan nilai RM1.3 Trillion

EPF sebagai salah sebuah badan pelaburan negara melabur 60%dalam portfolionya didalam DCM

Selain Ekuiti DCM juga ‘trading’ dalam pasaran dan dipanggil ‘Fixed Income Market’ atau ‘Bond Market’

Mereka yang melakukan aktiviti jual beli Bond dipanggil Bond Trader.

Pasaran hutang(Debt Capital) ini paling besar berbanding pasaran saham(Equity Capital Market)

Jadi pasaran hutang(Debt Capital Market) mendominasi aktiviti pelaburan asing dan tempatan

PENGURUS DANA MENDAPAT ‘TEKANAN’ UNTUK MEMBERI PULANGAN KEPADA PELABUR

Sememangnya kerja pengurus dana sangat ‘stress’disebabkan mereka perlu menjaga portfolio pelaburan yang terdiri dari ‘Equity’dan ‘Debt’ Capital Market serentak

Pasal itu jika ada peluang buat duit di Amerika dan global mereka akan pergi melihat portfolio disana

Berbalik kita disini

Dalam artikel pertama menyebut pengurus dana menjual pegangan pelaburan di semua pasaran EM

Memang lumrah jika ada pasaran global yang memberikan pulangan pelaburan hutang lebih baik disitu mereka akan melabur

Itu yang berlaku kepada pasaran modal US
Seperti semalam disebut US akan menaikkan kadar faedah (Interest Rate) pada bulan Sept depan

Ini menyebabkan pengaliran modal keluar dari pasaran EM misalnya Turki dan Asean ke negara Amerika

Akibat dari pengaliran modal keluar maka matawang negara asal mereka menjadi lemah dan nilainya terus menjunam.

KESAN nilai MATAWANG DI NEGARA ‘EM’ MENJUNAM

Apabila nilai matawang negara semakin menjunam maka ini memberi kesan kepada peniaga peniaga di negara berkenaan

Jika perniagaan berasaskan import maka teruklah kos import yang bakal ditanggung dan ini menyebabkan margin keuntungan semakin mengecil

INDONESIA MENAIKKAN INTEREST RATE(Kadar faedah)

https://www.wsj.com/articles/bank-indonesia-raises-benchmark-rate-by-a-quarter-point-to-5-5-1534319867

Jika nilai matawang jatuh dan kos import semakin mahal maka berlaku inflasi

Inflasi ditakrifkan sebagai keadaan ‘Demand more than Supply’ bermaksud kuasa membeli semakin tinggi dan tidak mencerminkan nilai sebenar sebuah harga barang

Dan demi mengekang inflasi yang tinggi maka kerajaan Indonesia menaikkan kadar faedah dan ini menyebabkan kos pinjaman meningkat

Pasal tu kita boleh lihat di gambar ke 2

Sebanyak USD27 Billion modal keluar dari Indonesia semalam rentetan Bank Pusat Indonesia menaikkan kadar faedah dan Amerika bakal menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

Kita akan sambung didalam kelas belajar saham shariah Global kali ke 6.

5 pasaran kita akan belajar iaitu 3 di Asia(Malaysia,Singapura,HK) dan Global(London dan New York)

Kelas 3 hari dengan hari ke 3 kita akan buat live trade
InshAllah

Tempat masih ada berbaki lagi
#sahamshariahglobal
#saham
#remisier

Share
Updated: August 16, 2018 — 3:13 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com ©rights 2018 Frontier Theme