Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

Ada golongan ‘mengidam’ untuk berlaku ‘crash’ akan datang

Komen dario trader Alessio rastani,Trader Bebas pada tahun 2011.

Sumber:Youtube.

Ada golongan yang mengidam untuk berlaku crash akan datang

Bagi kami ini masa yang penting dan jika berlaku biarkan berlaku

Bila berlaku crash kerajaan akan paling lambat mengishtiharkannya dan jika berlaku pemulihan(Recovery) dia akan istihar dahulu pasaran sudah pulih

Ini berlaku pada tahun 2008,apabila President Amerika baru dilantik iaitu Barrack Hussien Obama menjadi President Amerika dengan keadaan Indeks Dow Jones pada masa itu ialah pada paras 6600 mata dan apabila Dowjones meningkat ke paras 12000 mata

Cepat cepat President Obama menghistiharkan pasaran Amerika pulih dari krisis

Dan masa itu diiktiraf sebagai permulaan ‘superbull run’ Amerika.

Bagi isu kali ini dunia bukan lagi ditadbir oleh Amerika dan Blok Eropah

Tetapi ditadbir oleh Elit investment Banker seperti Goldman sach,Jp Morgan dan semua ‘Financial’ Institusi’

Momen ‘Crash ‘ini memang ditunggu tunggu oleh mareka dan aset bank pelaburan dunia ini akan meningkat naik setiap kali ‘crash’ berlaku.

Pada 2008,pada masa Krisis subprima ,US membuat Program dipanggil ‘Toxic Asset Recovery Program’

Ianya sebahagian dari program Quantitave Easing(QE)

Iaitu program membeli Hutang hutang(Bond) yang dah busuk dan tak laku(Junk Bond)

Hutang ini dibeli oleh kerajaan US dan mendapat pinjaman dari Federal Reserve dengan cara mencetak duit US Dollar di pasaran

Kesan dari ini,berlaku lambakan tunai dalam pasaran dan ini menyebabkan pasaran saham dunia semakin aktif dan inflasi semakin meningkat

Dan disamping itu kadar faedah US direndahkan sehingga ke paras ‘hampir’ kosong pada tahun 2009

Apabila kadar faedah direndahkan maka kos pinjaman akan menjadi rendah dan syarikat akan mendapat lebihan tunai untuk berbelanja

Pada tahun 2012 kesan sakit Subprima Amerika ini berjangkit kepada blok Eropah iaitu Euro

EURO hampir pecah dan berbalah apabila sebuah negara kecil sebesar daerah Muar,Johor tapi berbelanja macam orang orang Singapura iaitu negara Greece hampir muflis disebabkan hutang

Hutang Negara Greece tidak dapat dibayar,puncanya ialah Greece adalah negara kesatuan Euro dan berbelanja ‘kasar’ apabila tiba musim sukan olimpik di Athens pada 2004.

Maka Kesatuan Eropah MELANCARKAN program ‘Buy back Bond’sebagai langkah menstabil matawang Euro

Kesan jangka panjang jika Greece tidak diselamatkan maka akan menyebabkan kesatuan EURO berpecah dan ini menyumbang malapetaka kewangan satu dunia

Pemimpin Jerman Angela Merkel, dan beberapa pemimpin lain turut bermesyuarat setiap minggu sehingga meminta bantuan dari China dan Jepun untuk membeli balik bond bond tidak laku dari Greece.

Berbalik dari kisah krisis sebelum ini,kali terakhir FED Reserve melakukan QE ialah pada tahun 2017 dan selepas ini akan berlaku kaedah dipanggilkan Quantitave Tappering(QT)

Quantitave Tappering bertindak ‘menzerokan’jumlah tunai US Dollar dalam pasaran dan ini menyebabkan berlaku rantaian Krisis yang semakinĀ hebat

Tindakan QT ialah menaikkkan kadar Faedah sebanyak mungkin dan ini menyebabkan pendapatan syarikat berkurang akibat kos kewangan meningkat.

Jerome Powell pengerusi Fed Reserve membuat pengumuman yang Fed Reserve akan menaikkan kadar faedah secara berperingkat

Dan kita lihat pada khamis lepas indeks Dow jones menjunam 1300mata

Dan gagal mengekalkan kenaikan melebihi paras 26661 mata

Dan jika dilihat dari video dibawah,memang benar ada dikalangan mereka yang tahu sedang menunggu masa krisis akan berlaku dan jika berlaku biarkan berlaku.

Apa perancangan kita?
Adakah berserah sahaja?

Alhamdulillah strategi menjadi apabila mereka menjual saham saham shariah global dan menukar kepada bentuk RM apabila RM semakin lemah berbanding US Dollar.

Dan kami sempat melakukan pada hari Isnin lepas dan pada khamis lepas Indeks Dowjones jatuh 800 mata semalaman.
#fearisnear
#nomoremediumtolongterm
#sahamshariahglobal

Perhatian:Sumber video berlaku pada tahun 2011,crash atau tidak perlu bersedia sebarang kemungkinan.

Share
Updated: October 19, 2018 — 3:54 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com ©rights 2018 Frontier Theme