Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

Mengapa orang Bumiputra takut menjadi Remisier?

Stigma menjadikan karier Remisier ini sangat kuat sehinggakan ada alumni yang pergi berjumpa dengan Persatuan berkenaan dan dengan bangganya menyatakan beliau seorang Remisier kepada seorang Remisier yang sudah ‘senior’

dan Remisier ‘senior’ menyatakan kepada beliau

“Eh You ni Muda muda dah menjadi Remisier ke?”

kalau anak anak I menjadi Remisier  I tak akan bagi!

Ujar beliau kepada bekas alumni kami

alumni kami pun agak tersipu sipu mendengar ulasan Remisier senior tersebut dan meminta izin untuk berlalu pergi.

PENULIS PUN MENDAPAT TENTANGAN HEBAT KETIKA MENGUSULKAN INGIN MENJADI SEORANG REMISIER!

Secara jujur,penulis terkena bahang yang sangat hebat ketika mengusulkan keinginan ingin menjadi Remisier dari keluarga sendiri

waris terdekat penulis seorang bekas pegawai kerajaan yang sedang menikmati pencen kerajaan dan beliau memberi analogi berkenaan dari isteri rakan beliau yang menjadi Remisier sekitar tahun 1996 dan pada tahun 1997 akibat kesan kegawatan ekonomi maka Remisier tersebut tidak meneruskan lagi kerjaya sebagai sekarang ini.

akan tetapi setelah Penulis menyakinkan beliau untuk menjadi Remisier maka dengan bersyukurnya urusan itu dapat dibuat

baik,berbalik kepada tajuk diatas,mengapa orang bumiputra merasa stigma menjadi Remisier?

1.Kegawatan ekonomi 1997 dan ramai Remisier dan firma dagangan saham yang tumbuh banyak menfailkan bangkrupt.

Memang tidak dapat di nafikan,ada beberapa firma dagangan saham iaitu Stock Broking yangg hebat seperti Mohayaini Securities,Sime Securities dan lain lain lagi yang masa itu adalah era ‘Emas’ kepada Remisier dan kesan dari kegawatan ekonomi maka semua firma stock broking tersebut ‘bungkus’ dan ada yang nyawa nyawa ikan diarahkan bergabung dengan firma broker lain.

2.Majoriti Bumiputra pada 20 tahun lepas ada pekerja kerajaan,badan uniform,petani dan Nelayan.

Ini tidak dapat dinafikan pendedahan kerjaya oleh orang dahulu membentuk pola pemikiran,kata kata Ayah kepada anaknya jika Ayahnya seorang Askar,

“Kau patut jadi askar sebab dengan kerja Askar ini,semua kebajikan akan terpelihara”.Ini yang berlaku,cita cita anak dilihat mengikut acuan penjaganya dan semacam ini dilihat sebagai ‘mental block’ yang utuh.

3.Tiada pendedahan karier Remisier sebagai pendedahan utama dan dimonopoli  oleh bangsa berniaga.

Majoriti yang menjadi Remisier adalah dari golongan bangsa meniaga dan jika ada bangsa Melayu yang menjadi  Remisier ialah mereka yang ada kaitan dengan golongan Melayu yang berniaga contohnya Melayu dari keturunan waris Negeri Sembilan,keturunan India Muslim,Keturunan Nik dari Negeri Kelantan.

akan tetapi bumiputra tetap minoriti dalam menjadikan karier remisier saham.

4.Universiti banyak melahirkan graduan yang berkaitan, dan amat sedikit yang berkecimpung dalam menjadikan pelaburan saham sebagai karier utama.

Di peringkat Universiti,graduan dari sekolah perniagaan dan yang mengkhusus dalam bidang saham seperti pengurusan perniagaan atau pelaburan,jumlah graduan ini lahir adalah beribu ribu,akan tetapi apabila memasuki bidang kerja dalam bidang saham,maka tidak ramai yang masuk.

pernah ada satu kes,seorang kenalan yang kami memiliki Diploma dalam bidang Analisis Pelaburan,beliau menjadi Dealer saham di satu tempat di firma broker Saham di Johor,akan tetapi beliau berhenti setelah 3 bulan menjadi dealer Saham akibat tekanan dari boss nya yang hanya memiliki SPM,dan alasan ‘racist’ beliau mendapat pekerjaan dari bank lain sebagai penjual pinjaman wang(Sales Loan Officer).

5.Stigma menyatakan saham itu RUGI dan paling sadis ianya Haram dan dikaitkan dengan unsur Judi serta ada kaitan dengan elemen Yahudi.

Kurangnya ilmu pengtahuan dan bagaimana pelabur dan syarikat mendapat keuntungan ekonomi  dalm bentuk saham,menyebabkan ada golongan yang jumud dan taksub dengan kefahaman yang dangkal mengatakan bahaw pelaburan saham dikaitkan dengan kerugian dan ayat “rugi” memang memberi tamparan hebat kepada mereka yang berpendapatan rendah.Dengan senang setengah golongan menolak untuk melabur sahm dan mula berjinak jinak dengan pelabiran haram.

6.Kekayaan dari saham akan menyumbang kepada kelalaian dan kekufuran

Ada satu segi segmen mengunakan agama sebagai alat menutup kerjaya Remisier ini,memang diakui ketika kerjaya Remisier tengah meletup dan pasaran saham pun banyak memberi pulangan,maka ada setengah golongan yang kami panggil “belajar agama sejengkal tetapi menghukum manusia bagaikan Mufti’ ini menyatakan kekayaan dari saham akan mengundang kepada kelalaian,lantas menolak perkerjaan Remisier sebagai tidak elok.

Kami disini berlapang dada dalam isu ini,pada penulis menjadi kaya adalah harus dan jika boleh semua umat Islam menjadi Kaya dan boleh mengeluarkan Zakat dan boleh membantu saudara mara yang daif.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W menyatakan “tangan diatas adalah lebih baik dari tangan dibawah”

bermkasud mereka yang memberi adalah lebih Mulia dari golongan meminta minta.

7.Stigma menyatakan yang mereka yang berkerja dalam pelaburan saham adalah golongan bangsawan,anak anak Raja,waris Jutawan dan berkaitan dengan politik.

Semasa penulis berada di Bank Pelaburan,kaum bumiputra boleh dikira dengan jari tangan,siapa dan dari mana beliau berasal kita boleh tahu.

pertanyaan yang sinonim apabila ada sahaja golongan bumiputra bertugas sebagai dealer dan Remisier saham

a)Awak ni ada kaitan dengan siapa ya sampai boleh masuk ke bank Pelaburan disini?

b)Siapa yang memberi jalan untuk masuk ke dalam bank Pelaburan ini?

c)Bagaimana anda tahu tahu untuk bekerja di tempat ini?

pertanyaan diatas merujuk kepada betapa peliknya orang orang Bumiputra dapat masuk bekerja di Bank pelaburan.

mentaliti bumiputra pada beberapa tahun lepas melihat sesiapa yang masuk sebagai Remisier dan delaer saham mesti mengunakan ‘kabel” dari VVIP dan sebaginya.Ini kerana industri pasaran saham didominasi dari golongan bisnes.

Kami ada seorang alumni yang diherdik oleh bekas boss firma Sekuriti saham ketika ada seorang bakal remsier Bumiputra akan masuk ke Bank Pelaburan tersebut.Antara herdikan tersebut

“You tahukan Industri ini dimonopoli oleh bukan orang kita tahu”!

jadi boleh bayangkan,bagaimana orang kita dibahagian paling atas mentadbir firma broker saham tetap menganggap golongan minoriti menjaga kepentingan bisnes Remisier.Jadi anda bayangkankan situasi ini.

8.Stigma menyatakan jika jadi Remisier biarlah bangsa Cina dan bangsa meniaga yang bumiputra hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah pejabat,tukang bersih tandas pelbagai lagi kerja rencam.

Stigma ini lahir dari kurang ilmu dan pendedahan,Apabila Ada golongan muda belia masuk ke bank Pelaburan,mereka nampak yang bekerja sebagai Remisier adalah golongan bangsa meniaga dan orang bumiputra bertugas membuat kerja rencam seperti penyapu lantai,pemasang lampu dan pembancuh kopi.

9.Stigma menyatakan kerja di bahagian saham ini adalah sementara dan berfungsi sebagai penampan untuk mendapat pekerjaan glamour bumiputra lain seperti pegawai Tinggi Diplomatik dan pegawai daerah.

Katika penulis mendapat pekerjaan sebagai dealer saham di salah sebuah bank terkenal.Penulis pun menikmati makan tengahari dengan rakan rakan yang mendapat tajaan belajar Bank tersebut

antara soalan yang ditanya oleh geng geng tersebut

“Kau dapat bekerja bank disini disebabkan ada tajaan ke?

saya kata ‘Bukan’

jadi dibahagian mana  kau bertugas?

“Investment Share”

“Eh,tu tempat tak ramai orang bekerja,jumlah yang berhenti pun ramai”Ujar geng geng Tajaan tersebut.

saya hanya terdiam dan mereka pun tidak meneruskan perbualan langsung dengan saya,seolah olah saya ini bakal berhenti dari bank tersebut .Demi menyedapkan alasan saya pun menyatakan bahawa mungkin saya sedang menunggu tawaran dari mana mana organisasi lain seperti Pegawai Tinggi Diplomatik dan sebagainya.

10.Ianya adalah industri yang ‘sunset’

Industri yang ‘sunset’ dipanggil industri yang bakal pupus,ada yang menyatakan bahawa ianya sama dengan industri pemandu teksi akibat ancaman pemandu Grab dan pemanduan tanpa pemandu(Autonomus Driving).Mereka dalam industri memberi alasan tersebut berdasarkan faktor ini iaitu

a)Jumlah mereka yang praktis sebagai Remisier tidak seramai penjual Insurans dan Unit Amanah

b) Bank bank pelaburan lebih mengutamakan Dealer Saham(skim bergaji) daripada skim komisen(Remisier) kerana Bank menawarkan upah broker saham lebih murah serta produk pinjaman pelaburan(Share Margin Financing) lebih menarik.

Demikian  ini antara punca mengapa kaum Bumiputra kurang minat berkenaan dengan kerjaya Remisier ini,akan tetapi ada segmen bagi mereka yang berlesen yang akan dinikmati bagi mereka yang praktis dalam bidang ini.KIta Sambung bahagian yang akan datang.

Komen Penulis:Remisier atau tidak,kerjaya saham akan berkembang sejajar dengan keadaan ekonomi dan jumlah populasi manusia serta dipacu dengan kecanggihan teknologi.

 

Share
Updated: October 20, 2018 — 10:39 am

7 Comments

Add a Comment
  1. Assalam tuan adzha..boleh ke org yg zero dlm saham bekerja sebagai dealer saham? Sy berminat utk mnjadi dealer tapi sy tiada ilmu saham..sy hanya tahu serba sedikit tntg technical analysis.

    1. Walaikum Salam,

      kami ada buat modul bagi mereka yang zero ilmu saham dan tuan boleh pilih samaada ingin ikuti kelas 7 hari atau cuma ingin mengambil exam sahaja (m7 dan m6)

      jadi pilihan ada pada tuan.

      Cadangan Modul training untuk ‘ZerO’ become Hero (bagaimana meniaga saham untuk golongan ‘zero’ ilmu saham)

      Di era sosial media dan intellectual Capital kami sembahkan program bagi mereka yang akan berada disituasi ekonomi mencabar

      Pengalaman kami membantu mereka yg zero dan tidak tahu apa apa sehingga menjadi ‘somebody’ adalah suatu pengalaman kami yang hendak kami kongsikan

      Alumni kami berada di pentas pasaran modal dengan jumlah asset terkumpul dengan saya sekali sejumlah rm200juta

      Jadi bagi mereka yang bercita tinggi dan sudah ‘secure’ dengan hutang PTPTN elok masuk program ini dan membina impian sama macam Warren Buffett dan Remisier Billionaire dari Singapura Seperti Peter Lim Eng Hock.

      Jadi renungkan dan ambil peluang dari kami.

      InsHAllah kami sedia membantu.

      1.Program exam dealer remiser saham

      Tarikh:9,10 dan 11 Feb 2019
      Modul 7 dan 6

      2.Program intensif Pasif investment
      Tarikh:12 dan 13 Feb 2019(Selasa dan Rabu)

      Sinopsis:Fundamental analisis,IPO dan Corp excercise

      Belajar bagaimana buat duit dengan IPO,Corp Excercise(Bonus Issue,Right Issue,Capital Repayment,Special dividen dan Reverse take Over)

      3.Program Asas teknikal trader

      Tarikh: 14 Feb 2019

      Sinopsis:Belajar bagimana membaca pasaran saham,asas Teknikal analisis,Psikologi dan Chart Pattern Analisis

      4.Program Development Bisnes Remisier

      Tarikh:15 feb 2019(Jumaat)

      Sinopsis:Belajar bagaimana meniaga saham dengan betul dan memperolehi 5 angka.

      Ketahui 5 peringkat rezeki manusia dan kaitannya memilih klien-Sumber dari ustaz Hanafiah Razak,timbalan mufti Johor.

      Bagaimana mendapatkan klien high networth yg berpotensi.

      Bagaimana memahami dan menjual share margin financing.

      Bagaimana menjual Esos dan kaedah jual esos kepada klien dan apa yang klien mahu.

      Bagaimana menghadapi klien yg bermasalah dan penyelesaian.

      Bagaimana membuka akaun syarikat Sdn Bhd.

      Kelas akan diajar oleh saya sendiri dan dibantu oleh bekas alumni kami yang hebat hebat dan berada di bank Pelaburan

      Mereka membawa pengalaman dan ilmu yang tidak ada didalam seminar seminar saham yang lain

      Program 7 hari digarap dari speker yang 11 tahun berkecimpung dalam pasaran saham dan berpengalaman menjaga High Networh Client.

      Bagi mereka yang berminat sila PM kami

      Tempat terhad kepada 10 orang sahaja

      Program akan diadakan di Bangi Selangor.
      #darizerobecomehero
      #programdevelopmentremisier

  2. Hai sy berminat untuk program dinatas..bagaimana nak pm ya?

    Boleh send info di am.aiatakaful@gmail.com?

    Sya nak tanya juga…nak jadi remisier apply vacancy dgn investment bank dulu atau kena ada lesen m6&m7 dulu ya?

    1. Wa alaikum Salam Tuan Muiz

      sebaiknya,Tuan mengambil peperiksaan M6 dan m7 dari SIDC dan jika sudah lulus baru tuan mohon di mana mana broker saham yang dekat dan selesa dengan tuan

      dan sebelum itu,tuan pastikan memiliki 4 perkara

      1.Bebas dari status muflis

      2.Bebas dari sabit kesalahan mahkamah

      3.Pass exam module 6 dan module 7 SIDC

      4.Jika memohon sebagai Remisier dan berskim komisen maka sediakan deposit secukupnya,deposit bergantung kepada kehendak broker tersebut(tuan boleh bertanya dahulu di broker tersebut berkenaan berapa deposit yang perlu diletak,mereka akan menerangkan lebih lanjut)

      jika ada perkara yang tidak jelas sila hubungi admin di 017 3351380 untuk maklumat lanjut.

      kami doakan usaha tuan berjaya.

  3. Assalamualaikum,

    Berapa gaji basic untuk fresh graduate yang memohon jawatan Dealer saham?

    1. Walaikum Salam

      Terima kasih bertanya

      Secara purata gaji permulaan untuk ‘fresh Graduated” dalam lingkungan RM2600 sehingga RM2800 sebulan,

      dan gaji ini bergantung kepada skim yang ditawarkan oleh syarikat broker samaada

      1.Skim Berinsentif(Incentive Scheme)

      2.Skim Bonus(Bonus Scheme)

      fokus bakal dealer tersebut yang menentukan samaada beliau ingin berada di skim berinsentif (incentive) atau Bonus (Bonus Scheme)

      mari kita lihat satu persatu skim ini dan bagaimana ianya memberi kesan kepada jangka panjang dalam karier dealer tersebut

      1.Skim Insentif

      Skim Insentif adalah skim yang dimana dealer tersebut mendapat insentif
      (selepas ditolak gaji sebulan dan belanja EPF dari broker )dan pemberian insentif tersebut diberi samaada 6 bulan atau 3 bulan sekali

      Katakan seorang bernama Munzir mendapat tawaran sebagai Dealer disebuah broker tersebut dan beliau ditawarkan sebagai skim berinsentif dan mendapat permulaan gaji sejumlah RM2600 sebulan

      akan bersambung…..

      1. Mohon sambungannya Tuan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com ©rights 2018 Frontier Theme