Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

Bagaimana mendapat peruntukkan saham Miti dengan banyak?Mengunakan permohonan Individu atau selainnya?

Salam semua buat pelabur saham Bumiputra Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar:Website Sahammitionline.com

Ketika tawaran saham QSR Brands berhad keluar di dada web https://sahamonline.miti.gov.my/,ramai dealer saham dan Remisier mempromosi saham ini didada Facebook masing masing dan tidak kurang juga permohonan saham melalui cara ini semakin rancak.

Umum mengatahui apabila memohon saham MITI ,ramai yang terfikir bahawa ingin memohon secara taraf Individu dan mereka yang sudah biasa ,mereka memohon  dengan cara mengunakan akaun cds orang lain seperti  akaun CDS anak -anak dan saudara mara dengan harapan akan mendapat peruntukkan saham yang banyak.

Sebelum  itu apa Saham MIti dan mengapa Bumiputra perlu merebut peluang ini?

Semua kelas kelas saham di Malaysia ada menyebut supaya bumiputra mengambil peluang memiliki saham Bumiputra yang diperuntukkan khas,ini kerana saham yang diperuntukkan ini adalah bersumber dari syarikat yang akan disenaraikan dipasaran saham di BusaMalaysia melalui tawaran awam permulaan atau Initial Public Offering(IPO),syarikat yang berstatus bukan bumiputra atau ingin memiliki peruntukkan bumiputra secara majoriti menawarkan saham tersebut kepada bumiputra melalui agensi kerajaan seperti MITI iaitu Kementerian  perdagangan Industri dan Antarabangsa Malaysia.Miti diberi tanggunjawab membuat peruntukkan kepada semua pelabur saham bumiputra yang layak.

Mengapa perlu mendapat peruntukan unit saham yang banyak?

bagi mereka yang sudah ‘advance’ dengan pelaburan saham,mendapat peruntukkan yang banyak amat penting dalam strategi pelaburan saham IPO,jika harga saham melonjak naik misalnya lonjakan sebanyak 20sen dari harga yang klien dapat maka ianya memberi keuntungan berganda.

mari kita lihat contoh En Sujak mendapat peruntukkan 1000 unit saham berbanding Syarikat Jalil Sdn Bhd  yang mendapat peruntukkan 100,000 unit saham,anda rasa jika harga saham naik 20sen pada hari pertama,yang mana satu pelabur akan tersenyum?pastinya Syarikat Jalil Sdn Bhd kerana mendapat untung RM20,000 berbanding En Sujak hanya untung RM200 sahaja.

“Jenis pelabur”  adalah punca bagaimana mendapat peruntukkan Saham yang banyak

 

 

 

 

 

 

 

Gambar:Jenis pelabur dari wen Sahammitionline.com

Salah satu cara bagaimana klien mendapat peruntukkan saham yang banyak dari MITI adalah  memohon dengan cara bukan individu,ini kerana perlu difahami MITI adalah agensi kerajaan yang perlu memproses semua permohonan dan permohonan  saham Miti paling banyak ialah dari permohonan Individu.

Pegawai MIti diberi tugas selama 14 hari memeriksa semua permohonan dari semua individu bumiputra di Malaysia,dan ini memberi kesan kepada jumlah peruntukkan yang dapat.

anda boleh bayangkan betapa sibuknya mereka melihat permohonan dan boleh dibayangkan jika 3 atau 4 IPO datang serentak.

ini yang berlaku sekitar tahun 2014 apabila 3 syarikat bersaiz Bilion iaitu Boustead Plantation Berhad,Icon Offshore Berhad dan Malakoff  berhad menutup tarikh permohonan pada minggu yang sama.

dikatakan permohonan dari selain individulah(Syarikat Sdn Bhd,Koperasi,Yayasan dan persatuan) yang paling sedikit dapat berbanding permohonan dari  Individu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar:Contoh Klien yang mendapat peruntukkan saham dibwah permohonan dari Syarikat Sdn Bhd.

Sumber maklumt ini bukan kerana kami menghubungi pegawai MITI,akan tetapi kami mendapat tahu apabila ada klien yang memohon peruntukkan saham dengan cara melalui Syarikat Sdn Bhd  adalah lebih banyak berbanding memohon dengan nama Individu,ini kerana pada hemat kami,pegawai Miti akan memproses permohonan selain individu dahulu  kerana permohonan selain individu adalah sedikit dan tidak sebanyak permohonan yang diterima dari pihak individu.Setakat yang kami tahu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari segi kelebihan memohon selain indvidu(Syarikat Sdn Bhd,Yayasan,Koperasi)

1.Permohonan unit saham hampir 70% hampir dapat(tertakluk kepada pihak MITI)

2.Mudah diurus,hanya mengunakan satu permohonan sahaja.

3.proses menjawab ke bahagian Bank Pelaburan amat senang dan mudah.

Jadi sesiapa yang ada Syarikat Sdn Bhd bolehlah membuka akaun pelaburan saham dengan kami,selain melabur dengan cara IPO kami menawarkan pelaburan saham shariah Global seperti Saham Shariah NAsdaq dan London serta indonesia.

PM kami di 0173351380 untuk mendapat maklumat lanjut.

Penafian:Kami tiada kaitan mana mana agensi yang disebut diatas,pendedahan diatas hanya sebagai maklumat umum dan kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kerugian dan kemusnahan,segala tuntutan tidak akan dilayan.

 

Share
Updated: November 4, 2018 — 3:48 am

2 Comments

Add a Comment
  1. Bagaimana syarikat berstatus enterprise

    1. Syarikat berstatus Sdn Bhd sahaja dibenarkan buka akaun selaras dengan ketetapan oleh Bursa Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com ©rights 2018 Frontier Theme