Belajarstockmarket.com

Sumber Ilmu Pelaburan Saham Anda

Nota Buat beginner dalam pelaburan saham 27 jun 2020

nota buat beginner yg zero ilmu pasal pelaburan Saham

sekarang ni,berlaku pembuangan kerja secara serius dan bermacam macam musibah

baik,kami mendapat pertanyaan dan ada yang ingin melabur saham

baik kami kongsikan

ada 3 cara pelabur baru boleh berjinak jinak dalam pelaburan saham

1.IPO

No photo description available.
Sumber :Maybank2u.com


saham terbitan baru di pasaran saham atau ‘initial public offering’ adalah paling popular bagi pelabur baru

ianya mudah kerana

a.Tak perlu masuk kelas saham yang sangat’teknikal’ bahasanya dan perlu masa untuk fahami semua tu.

b.boleh tahu sumber maklumat di media.

c.Gaya buat duit paling mudah,cuma mohon sahaja di MITI (Bumiputra) atau Bank (ATM/Online banking)apabila saham tersebut sudah masuk dalam akaun cds maka boleh berkira kira samaada ingin jual pada hari pertama atau sebaliknya.

d.Usai jual saham IPO boleh mohon saham saham IPO yg lain dan itulah perkara seterusnya berlaku.

2.Private Placement

cara ni amat digemari oleh pelabur bermodal besar, ianya agihan saham kepada pelabur tertentu sahaja.

PP ini boleh datang dari dua sumber iaitu IPO dan saham yang sedia ada

bagi IPO ianya peruntukkan khas kepada pelabur tertentu yang termaktub dalam prospektus(Prospektus ialah dokumen yang diguna untuk menarik pelabur membeli saham buat pertama kali untuk syarikat)

manakala satu lagi ialah saham tersebut sudah ada di pasaran tetapi ‘owner’ tawarkan pada harga diskaun pada pelabur.Harga saham pula adalah lebih murah dari harga pasaran

misalnya saham SCIB bhd,pihak syarikat tawarkan kepada pelabur tertentu pada harga 10% diskaun dari pasaran

No photo description available.
Contoh dokumen tawaran PP kepada klien



dan selepas PP berlaku biasanya saham tersebut akan ‘meroket’ keatas dan seperti biasa saham tersebut tidak akan dikenakan amaran ‘Unsual Market Activity’ (UMA)oleh pihak pengawas pasaran.

mengapa tidak dikenakan tindakan UMA?

sebab ada 2 perkara

1.Berlaku perkembangan syarikat (Corporate Development) pada syarikat yang mana pihak pengawas benarkan(untuk syarikat mendapat modal tambahan perlu dapat kelulusan dari pihak pengawas)

2.berlaku penambahan modal dalam akaun syarikat tersebut di dalam bahagian

‘Statement of Changes of Equity’, bermaksud modal tunai masuk dalam poket syarikat dan pelabur dapat saham pada harga diskaun.

demikian sangat ‘Tipikal’ harga saham tersebut akan meroket pasca pengumuman ‘private placement’ dibuat

pada masa tu buat remisier yang mahir berkenaan ‘Corporate Finance’ mereka sarankan klien ‘big gun’ beli saham saham tersebut pada masa tawaran dibuat dan jual pada satu harga yang dirasakan berbaloi

buat remisier bermazhab ‘behaviour finance’ iaitu teknikal analisis akan sarankan klien mereka beli saham berdasarkan signal teknikal analisis misalnya term term teknikal iaitu ‘breakout’ dan sebagainya.?

akan tetapi dari segi hebahan pada awam IPO banyak dihebahkan pada media tetapi PP tidak dihebahkan dan pelabur tertentu sahaja yg dapat maklumat dahulu dan kemudian apabila PP dah dibuat baru hebahan pada umum

ini kerana minimum PP buat klien kami ialah RM250k iaitu sama harga sebuah kondominium 600 kaki persegi di Kajang.

3.Proposal counter to trade/Invest(PCT/PCI)
Yang ni biasa berlaku,remisier seperti kami akan sarankan mana mana kaunter yang berpotensi dan klien sediakan duit untuk beli.

jika dah beli maka terpulang pada klien nak jual atau tidak dan liabiliti tetap pada klien.

klien berhak membeli sama ada menyuruh remisier belikan saham atau klien beli sendiri mengunakan kaedah online

disini kami kongsikan bagaimana pelabur ‘zero’ boleh buat duit dengan bantuan remisier seperti kami

Nota:Dalam apa jua keadaan pasaran saham tetap buat duit ,ianya ilmu yg bukan mudah dikongsi di media sosial sebab tertakluk kepada peraturan pasaran modal yang ketat

demikian permulaan melabur Private placement dengan kami seminima RM250k dan ke atas.Dan ianya dari satu segi pulangan atas pelaburan lebih hebat dari melabur gaya trading yang bersifat ‘kebarangkalian’

sesuai untuk pelaburan saham oleh klien syarikat sdn bhd, untuk pengecualian cukai(beli dan jual saham dan dividen saham tidak dikenakan cukai oleh akta cukai pendapatan 1967) Persatuan dan Yayasan.

sila hubungi staff kami di 0173351380 untuk membuka akaun percuma dan membeli buku kami

#kisahbuatbeginner
#laburuntuklaba.

Share Button
Updated: June 27, 2020 — 2:11 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajarstockmarket.com ©rights 2018 Frontier Theme