Home Isu-Isu semasa Ranking Kelas kelas saham berdasarkan kategori yang boleh belajar

Ranking Kelas kelas saham berdasarkan kategori yang boleh belajar

by Mohd Al Adzha
sekadar berkongsi idea sahaja
di dalam buku kami
“labur untuk laba,fokus lubuk saham shariah Amerika”
kami ada menyebut ada dua kaedah pelaburan saham yang mana pengguna boleh dapatkan iaitu kaedah aktif dan pasif.
jika aktif maka disebut sebagai ‘trader’ dan kalau ‘pasif’ disebut sebagai ‘investor’
disamping itu kami kongsikan keadaan bagaimana tahap tahap ilmu saham ni para pelabur boleh berguru.
untuk itu mari kita mulakan dengan
(pengkelasan ini diambil dari cerita wayang Pacific Rim,dimana jentera Robot raksaksa(Jaeger)dihantar berlawan dengan raksaksa dipanggil ‘kaiju’ berdasarkan saiz Kaiju tersebut,jika ‘kaiju’ tersebut bersaiz kategori 3 maka Robot ‘Jaeger’ bersaiz ‘mark 3 akan dihantar untuk mengekang ‘kaiju’ tersebut).
https://youtu.be/v8W9lJZ4CVw
1.Mark 1(trader/investor)
level beginner,
masa ni sesuai mereka yang ingin berkenal kenal menjadi trader atau investor,kadar kekerapan buat duit masih dalam samar samar lagi disebabkan masih menghadamkan ‘jargon’ atau bahasa didalam pelaburan.
2.Mark 2(swing trader/berkala)
masa ni bahasa atau jargon trader/investor dah mula jelas,tapi kadar keberanian nak letak modal untuk trade masih kecil dan tidak besar,
anggaran ialah 30% dari modal sedia ada,baki masih didalam bentuk tunai di ASB/tabung haji.
3.Mark 3(serius trader/momentum trader/scalper)
masa ni,market ‘jargon’ dah utuh,hati dah cekal dengan ‘libasan’ pasaran
segala isu yang ada dan faham gaya ilmu trading sudah faham dan hadam
konsisten profit dari trading dah boleh dijana dan mampu beri pulangan berganda
serta ‘abnormal profit’ dari saham dah boleh nikmati.
4.Mark 4(Corporate excercise trading & investing + pasif investment)
masa ni segala isu di dalam syarikat dah boleh faham game dia
misalnya bagaimana gaya ‘trading’ jika syarikat tu buat ‘special dividen’ dan lain lain lagi
dan gaya trading/investing dah berani guna ‘share margin financing’ dan guna ‘limit remisier’
bukan guna akaun ‘tunai’ semata mata.
masa ni modal 100% masuk di pasaran bursa dan dibahagi dua sama ada fokus IPO atau sebagainya.
5. Mark 5
(mark 4 + boleh bawa company ke IPO)
yang ni paling ‘power’setakat ni,yang ni kami pernah jumpa dan mereka ni dah level syarikat boleh’dorong'(dorong macam roket propeller) ke IPO,
siap tawarkan ‘private placement’ sama ada untuk IPO atau syarikat itu sudah sedia ada.
dari saiz klien,usah cakap,boleh ‘cater’ untuk klien ‘private client ‘ atau ‘institusi’.
komisyen dari kerja kerja ni bukan sahaja dari trading saham malah dari produk pelaburan yang lain misalnya ‘share margin financing’ dan lain lain lagi.(banyak nak ulas lagi)
nota:Idea pengkelasan ini sebagai penanda aras tak rasmi sahaja,tetapi bagus buat ‘beginner’ yang ingin tahu apa ‘content’ /harga dari apa yang diajar,
sekadar berkongsi
dan diakhiri dengan kata kata Warren Buffett
“Price is what You pay,value is what you get”
Wallahualam.

Related Articles

Leave a Comment