Home Dealer/Remisier Bagaimana bukan Bumiputera meniaga saham atau menjadi Remisier?

Bagaimana bukan Bumiputera meniaga saham atau menjadi Remisier?

by Mohd Al Adzha
pada meeting biz Development Remisier (BDR) di Bangi pada bulan lepas,
saya ada menbincangkan bagaimana bangsa bukan Bumiputera meniaga saham
tambahan pula pada tahun lepas saya ada dihubungi oleh seorang Remisier muda dari Kelantan bertanya kepada saya dan menyatakan
‘Jika nak jadi Remisier perlu buat kelas saham dan asal ada kelas saham perlu jadi Remisier’
saya ketawa menjawab pertanyaan tersebut
lalu saya menjawab,
dengan memberi contoh bagaimana bangsa Cina menjadi Remisier
katakan kita ada seorang watak bernama Ah Siew
Ah Siew adalah pelajar tahun akhir jurusan ekonomi Melbourne Australia
kemudian pada satu hari Ayah Ah Siew, bernama Ah Chan didatangi oleh adik beradik beliau.
Ah Chan merupakan anak ke 3 dari 5 adik beradik dan mereka berniaga dengan bermacam perniagaan dari perniagaan perabot, Ladang Sawit dan bermacam macam lagi.
Ah Kaw merupakan anak sulung bertanya kepada Ah Chan
adiknya dengan bertanya
apa anak Ah Chan akan bekerja selepas balik dari Australia?
jawapan Ah Chan ialah ‘belum pasti,tapi mungkin fokus menjaga keluarga sambil berniaga’
Ah Kaw menjawab,
“Saya selaku abang sulung dalam keluarga ini,memohon pertimbangan Ah Chan sebagai adik saya untuk menjadikan Ah Siew sebagai Remisier di salah sebuah broker di bandar ini”
Ah Chan berbincang dengan Ah Siew dan dipendekkan cerita
Ah Siew bersetuju menjadi Remisier.
baik bagaimana mereka ini meniaga saham?
1.Apabila Ah Siew menjadi Remisier dan setelah mendapat ‘dealer kod’,seluruh ahli keluarga membuka akaun cds
dari penama individu sehingga syarikat Sdn Bhd
2.Kemudian untuk syarikat Sdn Bhd,setiap adik beradik Ah Chan akan menyumbang minimum RM200k dan Ah Siew secara amnya mendapat dana pelaburan RM1 Juta.
3.RM 1 Juta tersebut,di letakan ke dalam akaun CDS masing masing dengan membuka lagi kemudahan pinjaman saham (Share Margin Financing) .
4.Pelaburan dana RM1 juta tersebut hanya 70% dilabur pada pelaburan saham gaya pasif di panggil ‘private placement’.
5.Privata Placement pula fokus dari 2 sumber iaitu IPO dan PP yang ditawarkan oleh Syarikat dalam Bursa Malaysia.
6.Ah Siew pula tanpa membuang masa sentiasa memberi ’emel’ kepada boss agihan saham private placement dipangil ‘Equity Capital Market’.
7.Apa bila ada sahaja IPO bakal keluar ,Ah Siew akan mendapat tawaran dari ECM untuk nak langgan atau tidak.Kebiaasaannya Remisier Ah Siew akan melanggan disebabkan dana tidak menjadi masalah pada Ah Siew.
8.Kemudian apabila PP dah masuk ke akaun CDS klien masing masing,saham tersebut dijadikan cagaran(Collateral) untuk membeli saham saham berwajaran tinggi.
9.Apabila hari pertama saham IPO/PP tersebut listing di Bursa
Ah Siew terus telefon kliennya dan apabila mendapat perkenan maka saham tersebut dijual.
dalam kisah apa yang kelebihan yang dapat kepada ?
a)Ah Siew dapat komisen berganda,tambahan pula beliau dapat bekerja dekat dirumah beliau.
b)Adil beradik ayah beliau berasa gembira disebabkan wang tersebut dijana di BursMalaysia dan hasil dari pelaburan tersebut syarikat adik beradik tersebut mendapat pengecualian cukai.
c) Selang IPO ke IPO yang lain,klien Ah Siew akan trading saham sebagai duit ‘geli geli’.
d)Apabila menjadi Remisier,bahagian 70% itu iaitu pasif investment adalah fokus KPI utama,trendmark ini diamalkan dengan menjadikan ‘trading ‘ saham bukan KPI utama meniaga saham.
baik
demikian kisah bagaimana bangsa bukan bumiputera berniaga saham di Bursa.
nota:Sedang membasuh kereta,sebab asyik berjalan ni.?Alhamdulilah,Watak cerita ini hanya sekadar imaginasi.
May be an image of car, outdoors and text that says "UALIKUM"
Gambar:Kereta MPV sedang dibasuh.Masa ni sedang asyik mengarang cerita diatas.
berminat menjadi Remisier/dealer? boleh daftar di Onpay kami di
https://ncodeacademy.onpay.my/order/form/5

Related Articles

Leave a Comment