Salam semua,
pada 22 hb lepas,Saya dijemput menyampaikan ceramah kepada pelajar graduan ijazah kewangan dan kewangan Islam dari fakulti pengurusan kewangan dan pentadbiran UiTM kampus puncak Alam.
Seramai 80 orang hadir dan penganjur berkata yang ingin masuk berjumlah 150 orang akan tetapi yang dibenarkan masuk .
gambar :Seramai 80 peserta mendengar dengan jelas akan apa yang tuan penceramah sampaikan berkenaan kareer dan bagaimana menjadi Remisier.
Antara intipati di bincangkan ialah
1.Industri pembrokeran saham dari kacamata Asean dan global
2.Siapa yang menjadi hebat dengan menjadi Remisier dan bagaimana dengan lesen ini mereka boleh mendapat kepercayaan klien untuk mengurus modal.
3.Isu isu semasa dan mengapa kerjaya Remisier ini masih relevan sehingga ke hari ini.
4.Pasca pandemik,apa yang berlaku dan mengapa Remisier manjadi semakin ramai.
perserta ini amat beruntung kerana dapat mendengar dengan jelas dari ‘pakar’ yang melahirkan puluhan delaer dan Remisier saham tanah air.Dan dari situ mereka dapat mendengar dan melihat dengan jelas akan perkongsian yang dibuat.Alhamdulillah ini pertama kali kami diberi peluang untuk menyampaikan terus apa yang berlaku dikalangan industri pasaran saham kepada pelajar Universiti.Mereka semua dan pensyarah yang membimbing iaitu Puan Nur Lina Elias selaku pengajar bagi subjek ‘Investment Analisis & Asset Portfolio’amat berbesar hati dengan sumbangan kami.
Semoga kita dapat melahir ilmuan pelabur saham dan jutawan di negara ini.
Nota:Jika ada mana mana Universiti awam dan Swasta yang ingin mendapat perkhidmatan kaunseling kareer dari kami,boleh PM kami di 017-3351380(En Al Adzha) untuk mendapat tempahan slot ceramah dari kami.
Dibawah adalah sijil kehadiran untuk penceramah dari UITM,Terima kasih UiTM!
Gambar:Mendapat Sijil kehadiran sebagai penceramah kerjaya Remisier dari Fakulti Bussines & management UiTM kampus Puncak Alam
2 comments
Nak tahu cara Nak jadi remaiser
Ada 2 tuan,Sama ada Dealer (bergaji) atau Remisier(berkomisen)
Jika berminat menjadi Remisier(komisen)
1.Sediakan Modal niaga (Cagaran anggaran RM25,000)
2.Ada ijazah dalam apa jua bidang( seeloknya bukan dari Bidang Sastera )
3.lulus exam module 6 dan module 7.
4.Tidak muflis dan tidak ada rekod mahkamah.
PM penulis di 0173351380