Home Dealer/Remisier Pengenalan Kepada Akaun CDS Trading Saham Affinhwang Capital

Pengenalan Kepada Akaun CDS Trading Saham Affinhwang Capital

by Mohd Al Adzha

Pengenalan kepada Akaun CDS Trading Saham Affin Hwang Capital

Salam semua,

(Bagi yang sudah memiliki buku saya yang bernama Labur untuk laba, fokus pelaburan saham syariah Amerika dan masih ‘zero’ dalam pelaburan saham dialu alu kan membuka akaun dengan saya secara percuma, hubungi staff saya iaitu en Ilyas Razak untuk membuka akaun CDS di talian 011-15731572)

Sekadar makluman jika tuan puan ingin membuka akaun CDS trading dengan saya (Mohd Al Adzha Bin Johar) ianya amat dialu-alukan. Jadi ada beberapa perkara yang perlu dimaklumkan dahulu jika tuan puan ingin membuka akaun CDS trading dengan saya.

Nota CDS Trading untuk klien baru.

1. Akaun CDS Trading ini tuan puan boleh melakukan urusniaga jual dan beli saham yang terdiri dari negara:

a) Bursa Malaysia
b) Amerika (NYSE, Nasdaq dan Amex)
c) London
d) Indonesia
e) Hong Kong

2. Saya menggelar akaun CDS Trading under Affin Hwang Capital sebagai ‘Dynamic Account Trading’ kerana ianya boleh dilakukan transaksi jual dan beli saham saham tempatan dan luar negara dalam satu klien kod akaun.

3. Bagi klien baru fungsi akaun ini ada 4 iaitu:
a) Investment(beli dan simpan)
b) Trading
c) Memohon Saham IPO(saham baru terbit di MITI)
d) Simpanan dalam bentuk saham dan bukan tunai, misalnya saham biasa, ETF, Warrant dan saham saham luar negara.

Ada 5 perkara klien kena maklum berkenaan akaun saham ini.

(i) Jenis akaun ini dipanggil ‘share Trading Account’ dimana klien boleh membeli saham dengan mendeposit dahulu wang sebagai pembelian kali pertama.

(ii) Tuan puan akan mendapat kemudahan ‘multiplier’ dari cagaran tuan sendiri, malah dari Remisier.

Misalnya tuan mendeposit RM5000 maka kemudahan beli saham berdasarkan tunai ialah 2.5 kali ganda iaitu RM12,500 untuk membeli saham.

RM 12,500 itu bukan ‘wang’ tetapi kemudahan yang diberi oleh broker saham membeli lebih dari modal klien yang ada.

(iii) Jika semua tunai sudah diguna maka ‘cagaran’ dikira sebagai jumlah semasa saham yang tuan ada.

Misalnya pada mulanya tuan deposit RM5000, dan menggunakan RM5000 untuk membeli saham maka RM5000 itu tadi sudah menjadi saham.
Jadi jumlah saham yang klien boleh ialah RM5000 juga dan buka RM12500.

Tujuan ‘multiplier’ dibuat ialah memudahkan klien melakukan beli saham dengan pantas tanpa perlu menghubungi Remisier tersebut.

(iv) Klien boleh membeli saham lebih dari cagaran yang ada dengan syarat menggunakan cagaran dari Remisier.

Misal dalam akaun ada ‘limit’ RM5000 dan dah guna membeli saham, Klien bloleh meminta Remisier untuk lagi limit sebanyak (secara total) RM25000 .

(v) Jika dah guna limit RM25000 tersebut, tempoh penyelesaian (settlemet sama sahaja dengan broker saham lain) adalah sama
sama ada T+3 atau T+7.

4. Bagi yang ingin membeli saham luar negara kali pertama atau kaunter selaian Malaysia, perlu meletakkan deposit wang dahulu.
Untuk global tidak boleh mendapat kemudahan sama macam Bursa Malaysia, iaitu
(i) Perlu deposit wang dahulu sebelum beli saham sama ada secara online atau offline(pergi ke bank)

(ii) Akaun global tidak boleh mendapat multipler sama mcam akaun Bursa Malaysia misalnya kami beri 2.5 kali modal tadi.

Sebagai contoh, jika modal Deposit RM5000 maka setakat RM5000 sahaja yang boleh beli saham global.

5. Untuk transaksi global, akan ada satu laman web khas yang akan ‘divert’, Maksudnya bukan dalam platform Bursa Malaysia.
6. Untuk aktifkan global trade perlu membuat ‘username, password dan PIN trading’ dengan Bursa Malaysia dan juga akaun ‘divert’ tu ialah:

https://www1.cqtraderonline.com/affin

Fungsi akaun online trade Cqtrader:

a) Lakukan jual dan beli saham global
b) Petunjuk rekod klien trade dan jumlah saham yang ada (di bahagian porfolio)
c) Tiada petunjuk saham global patuh syariah
d) Tiada petunjuk akaun di bahagian ‘account summary’ yang sama macam Online e-invest, untuk melihat baki tunai yang ada untuk membeli saham.
e) Tiada apps untuk lakukan online trade global, seeloknya guna ‘desktop’/laptop untuk melakukan transaksi.
Untuk makluman segala transaksi industri matawang adalah dalam Dollar Singapore.

Baca seterusnyaNota Buat Beginner Dalam Pelaburan Saham

Nota: Jika rasa tidak mahir dan agak tidak yakin kami galakkan menggunakan perkhidmatan dealer/remisier untuk melakukan aktiviti jual dan beli saham global.

Strategi membeli dan menjual saham dibawah selian En Al Adzha (Remisier)

Strategi trading ialah

1. Kaedah buat duit secara intraday (jual dan beli pada hari yang sama) dan kontra (beli harini dan jual sebelum force sell) adalah fokus pada saham Bursa Malaysia.

2. Bagi kaedah ‘investment’ dan ‘swing trading’ kami sarankan lakukan dengan cara melabur saham Global misalnya selain Bursa Malaysia. Atas pada itu,cadangan kami ialah:

Strategi pelaburan modal kami sarankan bersifat 30 (global) : 70 (local Bursa Malaysia).

Sehubungan dengan itu sila hubungi kami jika ada maklumat lanjut dan jika ada perkara tidak jelas.

Yang benar,
Mohd Al Adzha Bin Johar
Remisier Affin Hwang Capital
Penulis buku Labur Untuk Laba Fokus Lubuk Syariah Amerika 2020

Hubungi staff admin en Ilyas Razak untuk membuka akaun CDS 011-15731572

Related Articles

2 comments

Ikhsan February 22, 2021 - 11:23 am

AFFIN HWANG INVESTMENT BANK BERHAD [AHIBB] tak sama ke dengan AFFIN HWANG CAPITAL BERHAD [AHCB] sebab saya ada CDS akaun dengan AHIBB di Shah Alam tetapi sudah tutup kemudian di transfer ke Branch Office of AFFIN HWANG di KLANG Wisma Meru off Jalan Meru. Saya faham walaupun tidak aktif dan tak tahu siapa Remisier kat situ. Saya kena buka CDS akaun yang baru kalau nak berurusan dengan tuan, betul? Ada cadangan lain ke? Saya TRADERS buka INVESTOR, ada bezakan, maaf tuan yang arif. AHCB juga ada platform ke contoh M+Online dan lain-lain. Maaf banyak bertanyalah. Terima kasih.

Reply
Mohd Al Adzha April 25, 2021 - 4:21 am

Terim kasih kerana bertanya,

tak perlu tutup,boleh sahaja pindah ke saya untuk memulakan pelaburan saham,tuan boleh lihat trading pelatform di https://einvest.affinhwang.com/ atau hubungi saya di 0173351380 untuk maklumat lanjut.

terima kasih tuan.

Reply

Leave a Comment